Wednesday, March 30, 2011

Part 3 (Zaman nak habis sekolah)

Mira berdiri di tingkap rumahnya yang menghadap rumah Lisa.Pantang hujan turun, Mira pasti lari ke tingkap.. memerhatikan titisan air hujan itu, membuatkan Mira begitu asyik.. sungguh halus dan sempurna ciptaan Yang Maha Esa.. "Cantik sungguh",bisik Mira dalam hati. Kebesaran ciptaan ALLAH swt sememangnya sentiasa ada di depan kita, samada kita sedar atau tidak kan....
kalo dapat main hujan, best gak....

Sempat jugak Mira jeling2... kot-kot ada kelibat Lisa di tingkap belah sana. Di waktu petang Lisa biasanya tidur... kepenatan... penat kerana apa ... hmm tak tau lah.... hehe

Mira pula tidak gemar tidur petang. Dia lebih selesa tengok TV atau belajar.Cita-cita Mira tinggi. Dia ingin belajar di luar negera. Sejak Lisa pulang bercuti dari London dulu, Mira menyimpan hasrat untuk pergi ke luar negera. Mira tahu makayahnya tidak mampu hendak bercuti di sana, jadi Mira pikir sendiri.. "kalau keputusan SPM aku bagus, pasti aku dapat pergi London, aku mesti minta pertolongan dari TUHAN".. begitulah terpendam dalam hati Mira tapi Lisa tidak tahu... malah tiada siapa pun yang tahu hasrat Mira itu... Mira segan nak cakap kat Lisa, karang kena buli pulak... haha

Lisa pula tak pandang buku pun. Hari-hari Lisa bermain piano sahaja. Mungkin cita-cita Lisa hendak jadi guru piano. Lisa ni  belum ada impian yang jelas.. dia layan apa sahaja yang diberi oleh makayahnya. Dia cuma tahu bermain piano siang dan malam. Lemah lembut jari-jemari Lisa di atas papan piano tu. Di ketika dan saat itu ajelah kita dapat lihat kelembutan jiwa Lisa... hehe. Bertuah Lisa dapat peluang belajar bermain piano kan..... Mira boleh mendengar alunan muzik piano tu dari rumahnya.. sekali sekala terdengar suara Lisa menyanyi... itu yang tak boleh tahan... suara Lisa mengegarkan mental orang lain... hahaha... tapi Mira tetap tersenyum dari jauh....
apasai lagu Negaraku bunyi cam lagu Amy Search lak ni.... betui ke note ni.. adoii 

Yang bagusnya mereka berdua ni, jika ada makanan yang sedap-sedap tu, mereka pasti ingat antara satu sama lain. Mira suka masakan ibu Lisa, Ayam Masak Asam Pedas... tapi Lisa cakap kat Mira, "Aku tak suka ayam asam pedas ni.. bagus gak ko suka, jadi aku tak kisah kalau ko makan banyak".. tersipu2 Mira di meja makan rumah Lisa... Mereka selalu makan sama-sama. Ibu Lisa yang punyalah lemah lembut akan menegur Lisa... 'Lisa, don't say like that okay".

Lisa pula suka rendang daging masakan mak Mira. Sikit atau banyak yang Mira bagi kat Lisa, Lisa terima dengan senyuman... Hairan jugak, Lisa tidak pula perli Mira kalau lauk tu sikit je. Lisa pandai ambil hati ibu Mira rupanya... Dan Lisa tahu bersyukur dengan rezeki yang ada. Hmmm bersih hati Lisa jugak.

Yum yum... lazatnya... weii buah ceri tu aku punya tau!.... Huh? Aku punyalah... Aku kata aku punya, aku punyalah.... Mak!!..... Ibu!!

Worait.. kita sambung lagi ye... lapar lak tengok depa makan ais krim tu... jom cari ais krim :)

Saturday, March 26, 2011

Part 2 Zaman Sekolah

Mari kita mengenali Lisa dan Mira lebih dekat lagi.... Lisa seorang yang peramah dan periang. Walaupun dia agak malas belajar... keputusan peperiksaannya tidak memberangsangkan, namun dia mempunyai bakat bermain piano. Lisa ini boleh dikatakan anak orang senang tapi yang bagusnya keluarga Lisa sempoi sahaja, tidak pula menunjuk2. Lisa pernah bercuti di London bersama ayahmak dan abangnya tetapi tidak pula dia beria-ia bercerita dengan Mira. Itulah yang membuat Mira senang berkawan dengan Lisa. Tidak sombong.

Apabila Mira pergi ke rumah Lisa.. tidak pernah Lisa memarahi Mira apabila Mira bermain piano. Sekali sekala Lisa mengajar Mira bermain lagu yang simple. Mira cuma pandai main recorder ketika itu. Itu pun sebab di sekolah Mira belajar muzik.

Tetapi di rumah Lisa, Mira kena buli jugak. Mira tetap tersenyum. Dan Lisa tetap meminta maaf... hehe.

Lisa juga pandai berenang. Siap pakai baju renang... dulu mana ada baju renang ala muslimah.. so paham jelah bagaimana sexy baju Lisa tu. Dia pun dah biasa pakai skirt ke, short pendek dengan baju yg cuma ada string aje. Bagi Lisa pakaian begitu ok sahaja. Mira pula terkebil-kebil tengok pakaian Lisa. Mira ni bukannya bertudung pun tapi pakaiannya agak sopanlah.. seluar panjang atau skirt.. sekali sekala terpakai jugak baju tak berlengan tapi setakat itu ajelah. Maklumlah Mira lebih pemalu. Namun Mira tidak pernah mengutuk cara Lisa berpakaian, baik di depan Lisa, mau di belakang Lisa kerana Mira bukan pandai sangat pun soal agama, soal aurat ke ketika itu. Mira cuma pening tengok pakaian Lisa.... hahaha
** sayangnya beruk tu kat meow tu tapi seramm si meow tu kena peluk? ke kena buli? wakaka.. sabo jelah

Mungkin itulah persahabatan yang murni.. saling menerima sahabat seadanya.. dan tidak memburukkan antara satu sama lain di belakang.... kesabaran Mira dengan kerenah Lisa manakala Lisa cepat meminta maaf dari Mira, juga antara sebab mereka tetap menyenangi antara satu sama lain... Suka kita tengok mereka berdua.... Adakah kita begitu dalam persahabatan?

to be continued.... :)

Thursday, March 24, 2011

Part 1 Zaman Sekolah

Biasanya sahabat baik mempunyai persamaan yang banyak... hobi yang sama... perangai pun lebih kurang sama. Tapi di sini kita nak bercerita tentang dua orang sahabat ini yang sangat rapat walaupun mereka berdua hanya sekadar mempunyai warna rambut yang sama hitam..... yang lain, mereka amat berbeza... Hmmm...

Mereka kenal dari kecil lagi... yelah duduk berjiran... Mira seorang amat pendiam, penakut, suka menghabiskan masa di rumah dan sibuk membuat kerja rumah... maklumlah Mira ni anak perempuan sulung, banyaklah benda dia nak buat. Manakala Lisa pula seorang yang kecoh, berani meluahkan pandangan, banyak masa di luar kerana dia anak bongsu... jadi segala urusan rumah kakak2nya lah yang buat... Oh ye.. lupa nak beritahu yang Mira dan Lisa ni sebaya.

Walaupun Lisa suka membuli, mengusik Mira tetapi Mira tetap mendiamkan diri. Mira hanya senyum sahaja. Kalau terlebih diusik, Mira tetap senyum... sabar dan sayang betul Mira kat Lisa. Nasib baik mereka tidak pergi ke sekolah yang sama... teruk Mira kena buli pulak... tapi mereka bersekolah sebelah menyebelah je... haha... sabar je.
Kurang asam betui..  beria gelak... cian kawan kat belakang tu 

Pulang sekolah, mereka akan cuba balik sama. Mira ni pengawas sekolah... pakaiannya sentiasa rapi. Lisa pulak... baju sekolah pun tak bergosok.... kalau butang baju tertanggal, dia pakai pin aje. Namun Mira tidak pernah komen apa2 pada Lisa. Berbeza mereka berdua.

Sebenarnya Lisa ni baik hati orangnya. Lepas dah usik dan ketawakan Mira, dia pasti minta maaf semula.. tapi lepas tu dia sambung ketawa balik.... aduhai. Mira pulak tak pernah jemu berkawan dengan Lisa. Sekali sekala dia terasa bengang gak tapi dia tak tahu nak marah... tetap senyum.

Pernah satu hari, dalam perjalanan balik ke sekolah... mereka berdua lalu di depan sekolah budak lelaki. Di tepi pagar sekolah tu penuh dengan semak, rumput2 yang tinggi. Nak dijadikan cerita, entah macam mana.... si Mira yang begitu sopan dan pemalu, terkentut dengan tidak sengaja. Bunyinya tidaklah sehebat mana tapi jelas ke telinga Lisa.... haha. Apa lagi Lisa pandang sambil ketawa. Dan... tiba2 pada saat dan ketika itu juga, muncul seorang budak lelaki ... tup2 keluar dari semak tepi pagar sekolah tu... Budak lelaki itu rupanya duk sembunyi kat celah semak .. konon nak ngorat dua orang sahabat perempuan ... sabo je..

Mira dah terpinga2... budak lelaki tu pun nampak confuse.... hihi. Mira rasa budak lelaki tu tidak pasti bunyi apa tadi... MALANGNYA Lisa menggunakan peluang baik ini utk membuli Mira. Dengan sekuat hatinya Lisa berkata, "Mira.. apasal kau kentut kuat tadi... teruk betul kau ni", sambil ketawa terbahak2. Budak lelaki tadi mula tersengih. Kesian Mira.. Lisa masih ketawa bagai nak gila... Mira tetap senyum, gelak perlahan-lahan, tunduk malu.... ada jugak manusia yang begitu sabar..... haha

okay lah nanti sambung ye.... tunggu! tq