Wednesday, April 13, 2011

Part 6 (Zaman Remaja)

Sejuknya! Mira lari ke tingkap.... bukan untuk melihat titisan hujan.. bukan juga untuk meninjau kelibat Lisa di rumah sebelah.... namun masih dengan perasaan yang sama.... ASYIK....... KAGUM.....  dengan keindahan yang Allah swt ciptakan. "Ya Allah... tak tau nak cakap apa..... begitu halus dan sempurnanya... cantik sangat snow ni... jauh lebih lembut dari ais kisar ABC tu... so perfect... tak pernah puas melihat.. terima kasih ya Allah kerana beri aku peluang ini", bisik Mira berkali-kali sendirian.  Jom! Jom! Terdengar suara kawan2nya... It's time for snow balls! Mira sungguh seronok dengan kawan2.... berguling-guling mereka di atas salji yang putih bersih, yang memenuhi semua ruang di situ. Snow dikepal2 menjadi bola... Amik kau! hahaha.... "Kalau lah Lisa ada di sini, pasti lebih seronok.... mana kau Lisa... lama aku tunggu berita balasan dari kau... kalau kau kat sini, aku campak snow ni tepat kat muka kau.... hmmm".

 Ana manyak suka ini snow... snow ball manyak best..... syukran syukran!

Sudah 3 musim salji Mira rasai ..... sudah 3 tahun Mira berada di perantauan... dan ini bererti sudah 3 tahun Mira dan Lisa tidak berjumpa.... sekali skala air mata Mira bergenang merindui Lisa..... sabar ye Mira! 

Aiya.... satu tahun, satu mailbox baru wa letak... sulah 6 tahun maa... lu talak antar sulat kat wa...   tahun depan talak sulat jugak..... wa letak mailbox color putih.... tanda surrender maa.... :(

Hari berlalu dengan cepat.. yelah bila dah masuk Junior and Senior Year (Tahun 3 & 4) ... makin susah nak ditelan. Tapi pelajaran Mira semakin lama semakin meningkat. Dean List pun dapat gak. Mira memastikan dia berjaya membawa pulang ijazah... tidak mahu mengecewakan diri dan makayahnya.. apa lagi setelah Allah swt memakbulkan impiannya itu....

Kalo den lah.... duk membuto je dlm bilik ni..... camne nak blajau ni... masuk bilik, mata den layu memanjang.... lulus ke tak den ni nanti? Den ingat nak bungkuslah bantal-bantal buat souvenir balik Malaysia nanti.... bagi kat Lisa yg suko membuto tu.... comforter hijau tu den bagi kat omak... carpet...hmm... bagi adik2 den lah.... hehe

Bagaimana Lisa ye? Dia sudah berubah ke? Takkan Lisa tak ingat kat Mira langsung? Kalau kawan baik, mesti sekurang2nya sepucuk surat ke ditulis kepada Mira. Hmmm..... mana si Lisa, nak kena ni... JOM kita p cari Lisa........... :)



Thursday, April 7, 2011

Part 5 (Zaman Remaja)

Sibuk betul Lisa.... ke Utara, Selatan, Timur dan Barat. Sebaik sahaja dapat lesen, Papanya membelikan sebuah kereta baru.... zoommmm.... seronok tak terhingga... Kalaulah boleh drive atas laut, sudah pasti Sabah Sarawak Lisa menyinggah... hehe. Sekali sekala Lisa lepak di kelab... lepas penat menari, Lisa borak-borak kosong dengan kawan-kawan barunya. Ada jugak Mira rasa cemburu dengan Lisa.. yelah dulu Lisa cuma lepak dengan Mira aje. Tetapi Mira tidak sedikit pun rasa marah. Dia tidak mampu ikut rentak Lisa yang ke sana-sini. Yang pasti apabila Mira berjumpa Lisa, mereka berdua tetap gelak ketawa. Mira tidak pernah tanya Lisa ke mana Lisa pergi. Cuma sekali sekala Mira tertanya2 pada dirinya.. orang Islam boleh pergi ke kelab ke? Soalan itu hanya berlalu pergi...

macam stering kereta aku je... nape Papa tak belikan boat ni gak.. tak payah aku pikir camne nak seberang lautan samudera ke Sarawak tu... @_@


Di kala Lisa melaram kereta barunya, Mira sibuk membelek buku2 agama, kisah2 Nabi.  Mira ni selalu gak ikut ibu ayahnya ke masjid, jadi keraplah dia belajar tentang maksud ayat2 suci Al-Quran. Itu sebab Mira minta ayah belikan kitab terjemahan Al-Quran.... Mira membalutnya dengan kertas hijau corak batik dan dibawa ke mana2 dia pergi kerana dia terlalu suka memilikinya. Kalau orang tanya buku apa tu... Mira cuma jawab novel. Dijaga dan disimpan elok2. Sememangnya Mira memiliki jiwa yg sentiasa tenang. Kerana itu Mira tidak pernah ada perasaan iri hati atau memandang serong pada Lisa.... apa lagi memburukkan Lisa pada sesiapa.

Adakah aku memang suka membaca atau aku terpaksa membaca... sebab aku tak tau nak buat benda lain???.... hmmm.... 

Di luar sekolah, pelbagai reaksi wajah bekas pelajar2 spm.... "Wahh! Pandainya ko Mira"... kata Lisa sambil memeluk Mira. "Keputusan aku  teruklah", akui Lisa. Bila kawan dah cakap macam tu, tak perlulah ditanya lagi. "Jom kita pergi minum ABC.. aku belanja".  Sukanya Lisa..."Ko dah ada duit ek? Sejak bila ko kaya ni? hahaha". Mira hanya tersengih-sengih. Sebenarnya sepanjang persahabatan mereka, Mira tidak pernah belanja Lisa sebab duit poket Mira seciput aje.

ni nak habag kat hangpa... duit ABC tu aku kebas adik-adik aku punye...
 bila aku dapat biasiswa aku gantilah....  hehe

Dua bulan berlalu, Mira mendapat tawaran sambung belajar. Terlompat2 Mira... Alhamdulilah... Ditinjau2 manakah Lisa? Keretanya takde.... hmm takpelah... sat lagi aku beritahu dia...

sambungan... maaf ye lambat skit... kita ni x brape sihat.... :)

Friday, April 1, 2011

Part 4 (Zaman nak habis sekolah)

Lisa melangkah dengan pantas... Mira pula tersenyum puas... Pheww.. lega betul SPM dah habis.. "Jom kita minum ABC, aku belanja," kata Lisa. Mereka berjalan ke arah bus stop yang berhampiran dengan sekolah mereka. Satu persatu bus awam lalu, namun tiada sebijik pun yang destinasinya ke bandar. Hari itu mereka berdua telah mendapat Green Light dari mak dan ibu.. lepas habis exam.... nak lepak2 sat kat bandar.
Canteknya bus stop ni... buat org lapar pun ye!
~ Strawberry bus stop in Japan~

Kelihatan sebuah kereta Fiat berwarna hitam menuju ke bus stop. Mira melambai-lambai kat kereta Fiat tu. Beria-ia Mira menyuruh kereta itu berhenti. Namun kereta itu berlalu pergi. Lisa memandang Mira dengan penuh hairan.... "Mira! Ko apasal? Nape ko suruh kereta tu stop huh?". Mira dengan wajah yang agak sungul menjawab, "Aku mati-mati ingat tu kereta ayah aku lah, Lisa... Rupanya kereta orang lain". Wakakaka... gelak besar Lisa. Tanpa mempedulikan pelajar2 lain yang berada di situ, Lisa ketawa macam nak pecah perut. Mira yang 'blur' tadi pun mula ketawa sikit.. ketawa control gitu.. yelah sudah silap maa... buat malu je si Mira tu... adoi sabo je.
Kata Lisa,"Ko ingat dalam Malaysia ni ayah ko sorang ke yang ada kereta Fiat hitam tu!!!" hahaha... "Ko ni buat malu aku je" hahaha.......

Mira sudah takde mood. Hatinya tersentak....... sampai hati Lisa cakap begitu.....   Mira tidak mampu senyum... air mata bergenang... Tiba-tiba...... Mira rasa tangannya digengam. Dengan perlahan Lisa bisik ke telinga Mira, "Okaylah... jom kita tunggu kat bus stop depan sana.. ko malu ek... hehe... sorry.. sorry... jom!". Mereka berdua berjalan seiring ... oops.. juga dengan iringan gelak halus Lisa... sabo jelah Mira.
"Tak aku sangka.... dalam diam-diam, ko pandai buat lawak ek Mira," usik Lisa. Mira tengok Lisa...... wakakaka.... Akhirnya dua sahabat itu ketawa BESAR. Tak jadi ke bandar... ABC pun tak jadi.. Kali ini Lisa tersenyum lebar... MAAFKAN AKU MIRA..... :)
Sini.. ko jangan memandai nak tahan bus sekolah orang lain lak.!

Hmm... ok gak tu... mereka mengakhiri zaman persekolahan dengan kenangan yang lucu. Dah tak pikir pun pasal SPM lagi masa tu.... hehe... Bagaimana pula lepas result keluar? Adakah Mira dapat belajar ke luar negara? Kita nampak strawberry tu, jadi haus lak... p minum pulak lah...

sambungan nxt week bole ek... tqvm.