Wednesday, April 13, 2011

Part 6 (Zaman Remaja)

Sejuknya! Mira lari ke tingkap.... bukan untuk melihat titisan hujan.. bukan juga untuk meninjau kelibat Lisa di rumah sebelah.... namun masih dengan perasaan yang sama.... ASYIK....... KAGUM.....  dengan keindahan yang Allah swt ciptakan. "Ya Allah... tak tau nak cakap apa..... begitu halus dan sempurnanya... cantik sangat snow ni... jauh lebih lembut dari ais kisar ABC tu... so perfect... tak pernah puas melihat.. terima kasih ya Allah kerana beri aku peluang ini", bisik Mira berkali-kali sendirian.  Jom! Jom! Terdengar suara kawan2nya... It's time for snow balls! Mira sungguh seronok dengan kawan2.... berguling-guling mereka di atas salji yang putih bersih, yang memenuhi semua ruang di situ. Snow dikepal2 menjadi bola... Amik kau! hahaha.... "Kalau lah Lisa ada di sini, pasti lebih seronok.... mana kau Lisa... lama aku tunggu berita balasan dari kau... kalau kau kat sini, aku campak snow ni tepat kat muka kau.... hmmm".

 Ana manyak suka ini snow... snow ball manyak best..... syukran syukran!

Sudah 3 musim salji Mira rasai ..... sudah 3 tahun Mira berada di perantauan... dan ini bererti sudah 3 tahun Mira dan Lisa tidak berjumpa.... sekali skala air mata Mira bergenang merindui Lisa..... sabar ye Mira! 

Aiya.... satu tahun, satu mailbox baru wa letak... sulah 6 tahun maa... lu talak antar sulat kat wa...   tahun depan talak sulat jugak..... wa letak mailbox color putih.... tanda surrender maa.... :(

Hari berlalu dengan cepat.. yelah bila dah masuk Junior and Senior Year (Tahun 3 & 4) ... makin susah nak ditelan. Tapi pelajaran Mira semakin lama semakin meningkat. Dean List pun dapat gak. Mira memastikan dia berjaya membawa pulang ijazah... tidak mahu mengecewakan diri dan makayahnya.. apa lagi setelah Allah swt memakbulkan impiannya itu....

Kalo den lah.... duk membuto je dlm bilik ni..... camne nak blajau ni... masuk bilik, mata den layu memanjang.... lulus ke tak den ni nanti? Den ingat nak bungkuslah bantal-bantal buat souvenir balik Malaysia nanti.... bagi kat Lisa yg suko membuto tu.... comforter hijau tu den bagi kat omak... carpet...hmm... bagi adik2 den lah.... hehe

Bagaimana Lisa ye? Dia sudah berubah ke? Takkan Lisa tak ingat kat Mira langsung? Kalau kawan baik, mesti sekurang2nya sepucuk surat ke ditulis kepada Mira. Hmmm..... mana si Lisa, nak kena ni... JOM kita p cari Lisa........... :)



No comments:

Post a Comment